Monday, April 16, 2007

Lara hati

Butang remote tv ku tekan lagi. Ah..bagai pernah ku dengar melodi sayu ini..

Yang tertinggal hanya gambarmu disudut kamarku..
Ditemani dua puisi tentang lara hati

Engkau adalah..yang terindah sepanjang hidupku..
Luka meruah..semua tlah berlalu..

Yang tersisa, rinai tawamu..
Disudut benakku..
Seperti kau masih disini..
Larut dipelukku..

Prahara menerjah..
Kekasihku terhanyut menghilang
Ku semaikan duka
Kau tak pernah kembali

Oh angin malam
Bawa laguku..
Ungkapan rindu menggebu
Ku masih tetap bertahan
Kerna kenangan..



Hampir 3 tahun memori itu berlalu, namun penangan cinta pertama, tipulah jika telah sepenuhnya pupus dari dalam jiwa. Cinta pertama bagiku cinta tulus yang hadir bagai rantai besi mengikat hati. Buktinya mak aku sendiri.. 3 tahun bercinta dengan sang teruna idaman hati namun akhirnya dikahwinkan dengan kawan baik sang teruna itu sendiri. Ah..akibatnya menangislah mak aku tu disepanjang malam perkahwinannya. Hingga kini pun dia masih mengenangnya indah disudut hati. Namun tuhan itu Maha Kaya, dia tahu apa yang terbaik buat kita. Pasti ada sebab musabab setiap kejadiannya. Jika itu jalannya..Redha sahaja ubatnya.

Tinggal sebulan lebih sahaja lagi, jalan baru yang harus aku tempuh. Menginjak ke waktu dan saat itu, aku merasakan beban perasaan yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Dan kawan-kawan, aku akan menukar segala2nya jadi baru seperti barunya jalan yang akan aku pilih nanti. Biar nanti kehidupan baru yang bakal ku conteng menampak penuh makna. Akan ku buang jauh segala saki baki sayang yang masih tertinggal kerna itulah punca runtuhnya masjid indah yang cuba ku bina nanti.

1 comment:

Anonymous said...

huuu..jadik jugak korang ek..aku dengo korang ni kalo berperang cam nak retak dunia ni..udah2 lah tu. dah..lupakan lah aku...ihiks.. nk wat camne kasih tak sampai.. :p (saje buat cite) - aku x bf dalam gelap laa